Home | Forum | Arcade

Komuniti PPKP Forum Index -> Perkembangan Kerjaya -> PENEMPATAN PPKP DI HOSPITAL!!
Post new topic  Reply to topic View previous topic :: View next topic 
PENEMPATAN PPKP DI HOSPITAL!!
PostPosted: Tue Nov 14, 2006 5:14 pm Reply with quote
joewar
Ahli Super Senior
 
Joined: 11 Sep 2006
Posts: 294
Respect Points: +3

0 Cash
Location: Timur Laut




PPKP telah pun ditempatkan di beberapa buah hospital (sekadar contoh:Hosp. Taiping) dan di bawah pentadbiran Pengarah Hospital. Ramai juga di kalangan PPKP sendiri masih tidak mengetahui adanya PPKP di hospital dan masih ragu-ragu tentang bidang tugas PPKP di hospital. Mungkin ada yang bertanya apakah rasionalnya PPKP diletakkan di hospital? dan mungkin juga ada yang beranggapan PPKP di hospital ni cuma goyang kaki je, takde keje.. Yela, kalau ada kes penyakit berjangkit pun PPKP di PKD juga yang terpaksa siasat kes dan menemuduga pesakit di wad hospital..
Mungkin kita boleh bincangkan apakah rasionalnya PPKP ditempatkan di hospital..
Idea Idea

_________________
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
PostPosted: Wed Nov 15, 2006 8:17 am Reply with quote
budaknakal
Ahli Taat Setia
 
Joined: 21 Sep 2006
Posts: 487
Respect Points: +2

0 Cash
Location: Johor Darul Ta'zim




ni macam nak buat perkembangan kerjaya je...
Laughing Laughing Laughing
ok. banyak sebenarnya kelebihan bila PPKP ada di hospital. antaranya;

1. kawalan vektor di kawasan hospital dapat dilakukan dengan lebih baik. usaha KKM jadikan hospital bebas Aedes secara teorinya mampu dilaksanakan.
2. biasanya hospital ada food court / kedai runcit di lobi. dengan adanya PPKP usaha memastikan makanan yang dijual selamat dan bersih untuk dimakan.
3. mutu makanan di kantin dan dapur hospital dapat dikekalkan/dipertingkatkan.

hmm..banyak lagi.
kawan-kawan lain............
Laughing Laughing Laughing
View user's profile Send private message Send e-mail
ppkp di hosp
PostPosted: Mon Nov 20, 2006 1:39 pm Reply with quote
aqildkp8
Ahli Senior
Ahli Senior
 
Joined: 22 Aug 2006
Posts: 66
Respect Points: 0

0 Cash
Location: sg buloh bndr termaju




kami pernah di brainwash ttg kewujudan ppkp di hosp olh ppkp yg di tptkn di hosp.. sbnrnya peranan kita trlalu besar.. cuma antara dpt brfkrn kreatif atau tidak jela...
antara peranan ppkp di hospital
1. memperkemaskan unit keselamatan di hospital dr aspek hazardous
fire drill di hosp-bgaimana garispanduan dn menilai sejauh mana kesdran staff hosp ttg aspek kebakaran
2- mnjlnkan aktiviti risk assessment ke atas semua unit trutama unit2 kritikal spt tabung darah, NICU dsbnya
3. memeriksa kualiti air di dlm hosp
4. mengkaji indoor air quality di setiap bilik di hosp..

dan byl lg kot.. dn kami prnh di tptkn di unit tersebut selama 2 minggu.. makanya kami di cdgkan bg mnjlnkn kajian indoor air quality di wad NICU ( neonatal Intensive Care Unit ).. kami menggunakan beberapa media dn instrument.. dn didapati wad brkenaan dlm keadaan yg x brape slamat utk byi2 yg special case 2.. di dinding bilik bancuhan susu bayi pula trdapat banyak kulat jd ini blh mncemarkan susu2 trsebut. k`dian brsebelahan wad brkenaan plak di buat renovation yg mana di dapati habuk2 memsuki wad berkenaan melalui bukaan pintu. dn byk lg klemhan yg tlh di kenal pasti dn slps 2 kami pun tlh berunding dgn doktor pakar yg mnjga wad brkenaan..
jd di sini sbnrnya skop ppkp di hosp bknlah sekecil yg di sangka.. cma yg penting fikiran yg inovatif
---petikan kata2 di atas adlah dr ppkp tersebut
gambateh

_________________
barangkali apa yang kamu rasakan BAIK utk kamu adalh BURUK untuk kamu dan barangkali apa yang kamu rasakan BURUK utk kamu itu sebenarnya adalah yang BAIK bagi dirimu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui-ALBAQARAH : 216
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
PostPosted: Mon Nov 20, 2006 2:50 pm Reply with quote
pmneus
Ahli Eksekutif
Ahli Eksekutif
 
Joined: 13 Aug 2006
Posts: 48
Respect Points: +5

0 Cash
Location: Pasir Mas,Kelantan




Penempatan PPKP di hospital merupakan satu lagi cabang yang boleh mengelakkan PPKP daripada dijumudkan pada masa depan. Walau dimana PPKP ditempatkan,banyak kerja yang dapat dibuat. janji nak buat kerja aje.

Skop tugas di Hospital juga boleh dikembangkan mengikut unit di PKD seperti :
Unit Epidemiologi
Unit Kawalan Vektor
Unit Penguatkuasaan
Unit Kawalan Mutu Air Minum
Unit Kualiti & Keselamatan Makanan
Unit Kebersihan Alam Sekeliling
Unit Kesihatan Pekerjaan

& banyak lagi skop baru yang boleh dikembangkan sebagaimana yang diutarakan oleh saudara aqildkp8 iaitu risk assessment unit berisiko, sebagai pakar runding kepada REDICARE dll.

Dengan pengwujudan cuma satu post untuk PPKP ianya jauh dari mencukupi, mungkin hanya sekadar untuk hadiri mesyuarat berkaitan kesihatan persekitaran aje.
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
PostPosted: Thu Nov 23, 2006 10:53 pm Reply with quote
mysbk
Ahli Biasa
Ahli Biasa
 
Joined: 23 Nov 2006
Posts: 3
Respect Points: 0

0 Cash




Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.

Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....

Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....

fikir...fikirkanlah.....
View user's profile Send private message
PostPosted: Sat Nov 25, 2006 1:17 pm Reply with quote
Palapah Handayang
Ahli Eksekutif
Ahli Eksekutif
 
Joined: 12 Aug 2006
Posts: 90
Respect Points: +7

0 Cash
Location: 276567




Keujudan PPKP di Hospital ditumpukan khusus untuk perkembangan bidang tugas PPKP pada masa hadapan. Bagi Hospital yang telah mendapat penempatan, kebanyakkannya adalah PPKP U32. Rakan PPKP U32 yang pernah ditempatkan di Hospital menceritakan pengalaman mereka di Hospital adalah untuk mengetuai Unit Kesihatan dan Keselamatan. Mungkin pada PPKP di PKD tidak memahami fungsi sebenarnya UKK kat Hospital. Saya difahamkan ini adalah unit yang diujudkan dibawah Unit Kesihatan Pekerjaan di JKN dan di PKD dikenali sebagai KPAS.

_________________
RSH 11/85
Bukan Senang Nak Senang Sebab Ada Orang Tak Senang Tengok Kita Senang
View user's profile Send private message Send e-mail
PostPosted: Sat Nov 25, 2006 1:18 pm Reply with quote
budaknakal
Ahli Taat Setia
 
Joined: 21 Sep 2006
Posts: 487
Respect Points: +2

0 Cash
Location: Johor Darul Ta'zim




mysbk wrote:
Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.

Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....

Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....

fikir...fikirkanlah.....


ako rasa pandangan mysbk adalah pandangan yang baik dan ako bersependapat dengannya. kita biasanya khayal dan leka dengan situasi yang pada masa kini agak selesa bagi kita sehinggalah impak atau kesannya terkena batang hidung kita nanti. pada masa itu, penyesalan adalah sesuatu yang paling tidak berguna.

untuk menongkah arus dengan mencipta pembaharuan untuk kebaikkan biasanya ramai penentangan dan feed back yang amat mengecewakan. pahitnya kita terpaksa menerima hakikat bahawa kebaikkan itu perlu dibayar dengfan harga pengorbanan yang begitu besar yang kadang kala tidak tertahan menanggungnya......

sebenarnya kita PAKAR dalam bidang pengawalan dan pencegahan, bagaimanapun kerenah birokrasi, selisihan profesion profesional, sikap sebilangan PPKP/IK sendiri antara faktor menyumbang kepada pandangan dan persepsi KKM dan orang awam bahawa IK kerja mudah dan berpeleseran bagai tiada kerja dan value kerja sering dipertikai.

ako dengan ini menyeru diri ako dan member lain-lain bangkit bersama.

err..ako rasa ako dah lari topik kot tapi takpe untuk kebaikkan bersama kot.
Cool Cool Cool
View user's profile Send private message Send e-mail
PostPosted: Sun Nov 26, 2006 9:08 pm Reply with quote
Palapah Handayang
Ahli Eksekutif
Ahli Eksekutif
 
Joined: 12 Aug 2006
Posts: 90
Respect Points: +7

0 Cash
Location: 276567




mysbk wrote:
Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.

Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....

Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....

fikir...fikirkanlah.....


Selagi mana jawatan kita Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kita tetap separa profesional. PKP U41 masih belum dianggap "specialist" seperti mana Pegawai Perubatan. Gred Spesialist mestilah 44 keatas.

Kurikulum IKU/KSKB untuk kesihatan persekitaran hanyalah satu pendidikan dan pendedahan awal untuk PPKP. Untuk menjadi PPKP yang ada nilai yang tersendiri bukanlah tanggungjawab tenaga pengajar tetapi PPKP itu sendiri harus bangun untuk mengejar perkembangan matlumat dan teknologi semasa.

Kalaulah kita mengharapkan apa yang disuap semasa di IKU/KSKB sudah cukup untuk menjadikan kita PPKP yang ada nilainya, kita sebenarnya tak ada nilai langsung. Bila mana kita menjejakkan kaki ke dalam Perkhidmatan Awam, disitulah mulanya pembelajaran dalam menggunakan ilmu yang sedikit dari IKU/KSKB disamping teknologi terkini yang berkembang.

_________________
RSH 11/85
Bukan Senang Nak Senang Sebab Ada Orang Tak Senang Tengok Kita Senang
View user's profile Send private message Send e-mail
PostPosted: Tue May 06, 2008 3:23 pm Reply with quote
pendi
Ahli Biasa
Ahli Biasa
 
Joined: 06 Jan 2008
Posts: 21
Respect Points: 0

0 Cash




siapa kata ppkp hospital goyang kaki... aku ppkp hospital..sadiah pun ppkp hospital

semua aktiviti yg dibuat didaerah terutama food, kpas, vektor,kmam, cdc (notifikasi kes) aku kena buat.tp aku seorang je..tiada 2 atau bertiga..selain daripada itu aku juga terpaksa jln tugas pengurusan sbg k unit persekitaran di hospital.. Embarassed
View user's profile Send private message Send e-mail
 PENEMPATAN PPKP DI HOSPITAL!! 
 Komuniti PPKP Forum Index -> Perkembangan Kerjaya
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
All times are GMT + 8 Hours  
Page 1 of 1  

  
  
 Post new topic  Reply to topic  



Effex-Media Web Resources
Powered by phpBB © 2001-2003 phpBB Group.     Theme created by Vjacheslav Trushkin.


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




406369