| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
joewar Ahli Super Senior

Joined: 11 Sep 2006 Posts: 298 Respect Points: +3
0 Cash Location: Timur Laut
|
Posted: Tue Nov 14, 2006 5:14 pm Post subject: PENEMPATAN PPKP DI HOSPITAL!! |
|
|
PPKP telah pun ditempatkan di beberapa buah hospital (sekadar contoh:Hosp. Taiping) dan di bawah pentadbiran Pengarah Hospital. Ramai juga di kalangan PPKP sendiri masih tidak mengetahui adanya PPKP di hospital dan masih ragu-ragu tentang bidang tugas PPKP di hospital. Mungkin ada yang bertanya apakah rasionalnya PPKP diletakkan di hospital? dan mungkin juga ada yang beranggapan PPKP di hospital ni cuma goyang kaki je, takde keje.. Yela, kalau ada kes penyakit berjangkit pun PPKP di PKD juga yang terpaksa siasat kes dan menemuduga pesakit di wad hospital..
Mungkin kita boleh bincangkan apakah rasionalnya PPKP ditempatkan di hospital..
 _________________
 |
|
| Back to top |
|
 |
budaknakal Ahli Taat Setia

Joined: 21 Sep 2006 Posts: 487 Respect Points: +2
0 Cash Location: Johor Darul Ta'zim
|
Posted: Wed Nov 15, 2006 8:17 am Post subject: |
|
|
ni macam nak buat perkembangan kerjaya je...
ok. banyak sebenarnya kelebihan bila PPKP ada di hospital. antaranya;
1. kawalan vektor di kawasan hospital dapat dilakukan dengan lebih baik. usaha KKM jadikan hospital bebas Aedes secara teorinya mampu dilaksanakan.
2. biasanya hospital ada food court / kedai runcit di lobi. dengan adanya PPKP usaha memastikan makanan yang dijual selamat dan bersih untuk dimakan.
3. mutu makanan di kantin dan dapur hospital dapat dikekalkan/dipertingkatkan.
hmm..banyak lagi.
kawan-kawan lain............
 |
|
| Back to top |
|
 |
aqildkp8 Ahli Senior


Joined: 22 Aug 2006 Posts: 66 Respect Points: 0
0 Cash Location: sg buloh bndr termaju
|
Posted: Mon Nov 20, 2006 1:39 pm Post subject: ppkp di hosp |
|
|
kami pernah di brainwash ttg kewujudan ppkp di hosp olh ppkp yg di tptkn di hosp.. sbnrnya peranan kita trlalu besar.. cuma antara dpt brfkrn kreatif atau tidak jela...
antara peranan ppkp di hospital
1. memperkemaskan unit keselamatan di hospital dr aspek hazardous
fire drill di hosp-bgaimana garispanduan dn menilai sejauh mana kesdran staff hosp ttg aspek kebakaran
2- mnjlnkan aktiviti risk assessment ke atas semua unit trutama unit2 kritikal spt tabung darah, NICU dsbnya
3. memeriksa kualiti air di dlm hosp
4. mengkaji indoor air quality di setiap bilik di hosp..
dan byl lg kot.. dn kami prnh di tptkn di unit tersebut selama 2 minggu.. makanya kami di cdgkan bg mnjlnkn kajian indoor air quality di wad NICU ( neonatal Intensive Care Unit ).. kami menggunakan beberapa media dn instrument.. dn didapati wad brkenaan dlm keadaan yg x brape slamat utk byi2 yg special case 2.. di dinding bilik bancuhan susu bayi pula trdapat banyak kulat jd ini blh mncemarkan susu2 trsebut. k`dian brsebelahan wad brkenaan plak di buat renovation yg mana di dapati habuk2 memsuki wad berkenaan melalui bukaan pintu. dn byk lg klemhan yg tlh di kenal pasti dn slps 2 kami pun tlh berunding dgn doktor pakar yg mnjga wad brkenaan..
jd di sini sbnrnya skop ppkp di hosp bknlah sekecil yg di sangka.. cma yg penting fikiran yg inovatif
---petikan kata2 di atas adlah dr ppkp tersebut
gambateh _________________ barangkali apa yang kamu rasakan BAIK utk kamu adalh BURUK untuk kamu dan barangkali apa yang kamu rasakan BURUK utk kamu itu sebenarnya adalah yang BAIK bagi dirimu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui-ALBAQARAH : 216 |
|
| Back to top |
|
 |
pmneus Ahli Eksekutif


Joined: 13 Aug 2006 Posts: 49 Respect Points: +5
0 Cash Location: Pasir Mas,Kelantan
|
Posted: Mon Nov 20, 2006 2:50 pm Post subject: |
|
|
Penempatan PPKP di hospital merupakan satu lagi cabang yang boleh mengelakkan PPKP daripada dijumudkan pada masa depan. Walau dimana PPKP ditempatkan,banyak kerja yang dapat dibuat. janji nak buat kerja aje.
Skop tugas di Hospital juga boleh dikembangkan mengikut unit di PKD seperti :
Unit Epidemiologi
Unit Kawalan Vektor
Unit Penguatkuasaan
Unit Kawalan Mutu Air Minum
Unit Kualiti & Keselamatan Makanan
Unit Kebersihan Alam Sekeliling
Unit Kesihatan Pekerjaan
& banyak lagi skop baru yang boleh dikembangkan sebagaimana yang diutarakan oleh saudara aqildkp8 iaitu risk assessment unit berisiko, sebagai pakar runding kepada REDICARE dll.
Dengan pengwujudan cuma satu post untuk PPKP ianya jauh dari mencukupi, mungkin hanya sekadar untuk hadiri mesyuarat berkaitan kesihatan persekitaran aje. |
|
| Back to top |
|
 |
mysbk Ahli Biasa

Joined: 23 Nov 2006 Posts: 3 Respect Points: 0
0 Cash
|
Posted: Thu Nov 23, 2006 10:53 pm Post subject: |
|
|
Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.
Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....
Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....
fikir...fikirkanlah..... |
|
| Back to top |
|
 |
Palapah Handayang Ahli Eksekutif


Joined: 12 Aug 2006 Posts: 90 Respect Points: +7
0 Cash Location: 276567
|
Posted: Sat Nov 25, 2006 1:17 pm Post subject: |
|
|
Keujudan PPKP di Hospital ditumpukan khusus untuk perkembangan bidang tugas PPKP pada masa hadapan. Bagi Hospital yang telah mendapat penempatan, kebanyakkannya adalah PPKP U32. Rakan PPKP U32 yang pernah ditempatkan di Hospital menceritakan pengalaman mereka di Hospital adalah untuk mengetuai Unit Kesihatan dan Keselamatan. Mungkin pada PPKP di PKD tidak memahami fungsi sebenarnya UKK kat Hospital. Saya difahamkan ini adalah unit yang diujudkan dibawah Unit Kesihatan Pekerjaan di JKN dan di PKD dikenali sebagai KPAS. _________________ RSH 11/85
Bukan Senang Nak Senang Sebab Ada Orang Tak Senang Tengok Kita Senang |
|
| Back to top |
|
 |
budaknakal Ahli Taat Setia

Joined: 21 Sep 2006 Posts: 487 Respect Points: +2
0 Cash Location: Johor Darul Ta'zim
|
Posted: Sat Nov 25, 2006 1:18 pm Post subject: |
|
|
| mysbk wrote: | Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.
Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....
Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....
fikir...fikirkanlah..... |
ako rasa pandangan mysbk adalah pandangan yang baik dan ako bersependapat dengannya. kita biasanya khayal dan leka dengan situasi yang pada masa kini agak selesa bagi kita sehinggalah impak atau kesannya terkena batang hidung kita nanti. pada masa itu, penyesalan adalah sesuatu yang paling tidak berguna.
untuk menongkah arus dengan mencipta pembaharuan untuk kebaikkan biasanya ramai penentangan dan feed back yang amat mengecewakan. pahitnya kita terpaksa menerima hakikat bahawa kebaikkan itu perlu dibayar dengfan harga pengorbanan yang begitu besar yang kadang kala tidak tertahan menanggungnya......
sebenarnya kita PAKAR dalam bidang pengawalan dan pencegahan, bagaimanapun kerenah birokrasi, selisihan profesion profesional, sikap sebilangan PPKP/IK sendiri antara faktor menyumbang kepada pandangan dan persepsi KKM dan orang awam bahawa IK kerja mudah dan berpeleseran bagai tiada kerja dan value kerja sering dipertikai.
ako dengan ini menyeru diri ako dan member lain-lain bangkit bersama.
err..ako rasa ako dah lari topik kot tapi takpe untuk kebaikkan bersama kot.
 |
|
| Back to top |
|
 |
Palapah Handayang Ahli Eksekutif


Joined: 12 Aug 2006 Posts: 90 Respect Points: +7
0 Cash Location: 276567
|
Posted: Sun Nov 26, 2006 9:08 pm Post subject: |
|
|
| mysbk wrote: | Sebenarnya skop kerja PPKP diberbagai bidang pada masa-masa akan datang mestilah kearah "specialist" sebagaimana profesional yang lain spt:AKS,PTM....yang menjurus kepada hanya satu bidang khusus sahaja.
Malangnya kita PPKP ni..semua kerja nak dibuat / semua tempat nak diduduki yg. akhirnya tak ada satupun "value" yang boleh dibanggakan.
Kepada tenaga pengajar, para senior yg. banyak pengalaman dll. profesional dlm PPKP....saya amat menyeru tengok-tengokkanlah kurikulum PPKP tuh...hasilkan dan lahirkanlah PPKP/PKP yang lebih bernilai.....setanding dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar dimasa-massa hadapan....
Jangan dok seronok atau dah puas hati setakat dok U41....jeeee....kena fikirkan kemanakah halatuju kita nak bawa PPKP/PKP dimasa mendatang yang penoh dengan canbaran dan persaingan ini....
fikir...fikirkanlah..... |
Selagi mana jawatan kita Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kita tetap separa profesional. PKP U41 masih belum dianggap "specialist" seperti mana Pegawai Perubatan. Gred Spesialist mestilah 44 keatas.
Kurikulum IKU/KSKB untuk kesihatan persekitaran hanyalah satu pendidikan dan pendedahan awal untuk PPKP. Untuk menjadi PPKP yang ada nilai yang tersendiri bukanlah tanggungjawab tenaga pengajar tetapi PPKP itu sendiri harus bangun untuk mengejar perkembangan matlumat dan teknologi semasa.
Kalaulah kita mengharapkan apa yang disuap semasa di IKU/KSKB sudah cukup untuk menjadikan kita PPKP yang ada nilainya, kita sebenarnya tak ada nilai langsung. Bila mana kita menjejakkan kaki ke dalam Perkhidmatan Awam, disitulah mulanya pembelajaran dalam menggunakan ilmu yang sedikit dari IKU/KSKB disamping teknologi terkini yang berkembang. _________________ RSH 11/85
Bukan Senang Nak Senang Sebab Ada Orang Tak Senang Tengok Kita Senang |
|
| Back to top |
|
 |
pendi Ahli Biasa


Joined: 06 Jan 2008 Posts: 21 Respect Points: 0
0 Cash
|
Posted: Tue May 06, 2008 3:23 pm Post subject: |
|
|
siapa kata ppkp hospital goyang kaki... aku ppkp hospital..sadiah pun ppkp hospital
semua aktiviti yg dibuat didaerah terutama food, kpas, vektor,kmam, cdc (notifikasi kes) aku kena buat.tp aku seorang je..tiada 2 atau bertiga..selain daripada itu aku juga terpaksa jln tugas pengurusan sbg k unit persekitaran di hospital..  |
|
| Back to top |
|
 |
|