Komuniti PPKP Forum Index Komuniti PPKP
Komuniti Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Home | Forum | Arcade

Sabar itu indah....

 
Post new topic   Reply to topic    Komuniti PPKP Forum Index -> Tazkirah & Artikel Islam
View previous topic :: View next topic  
Author Message
sellyna
Ahli Biasa
Ahli Biasa


Joined: 05 May 2011
Posts: 7
Respect Points: 0

0 Cash

PostPosted: Sat Aug 20, 2011 4:25 am    Post subject: Sabar itu indah.... Reply with quote

Rasul-rasul Ulul Azmi adalah 5 org antara sekian ramai rasul yang paling tinggi darjatnya kerana paling ramai menerima musibah. Nabi Nuh a.s yang berdakwah selama 950 tahun hanya mempunyai pengikut seramai 80 org ( purata dlm 12 thn hanya seorg pengikut), terpisah dengan anak dan isterinya yang derhaka dan menongkah banjir besar yang menenggelamkan seluruh dunia.
Nabi Ibrahim a.s. terpaksa meninggalkan isteri yang dicintai iaitu siti hajar di padang pasir yang kontang, diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak lelaki kesayangannya dan dilontar ke dalam api oleh raja Namrud. Begitulah juga Nabi Musa dan Nabi Isa, mereka telaah menghadapi pakej ujian dan musibahnya yang tersendiri.
Istemewanya Rasulullah s.a.w., bagindalah rasul yang paling banyak diuji.sejak awal kelahirannya sehinggalah saat kewafatannya. Namun apakah senjata Rasulullah bagi menghadapi semua itu?
Apalagi kalau bukan sabar. Sabar itu cukup indah, tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk sabar begitu sukar? ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum?Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?
Untuk mendapatkan jawapannya, lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w. wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman. Langkahnya sentiasa yakin dan tenang. Air mukanya sangat menyenangkan sehingga tidak kelihatan walau sedikitpun tanda-tanda pembohongan. Anas bin Malik r.a. menceritakan betapa indahnya kehidupan Rasulullah s.a.w. melalui hadis ini: " aku melayani Rasulullahs.a.w. selama 10 thn. Demi Allah! Beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku 'Hus' Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti: ' Kenapa kamu kerjakan itu? kenapa kamu tidak mengerjakan ini?" (Riwayat Muslim)
"Sabrun jamil." Itulah yang diucapkan oleh Nabi Ya'kub ketika berhadapan dengan ujian kehilangan anak-anaknya (Nabi Yusuf dan Bunyamin). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dia (Ya'kub) berkata: ' sebenarnya hanya dirimu sendiri yang memandang baik urusan yang buruk itu. Maka kesabaranku adalah kesabaran yang baik. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." 9 Surah Yusuf 12:83)
sabar yang baik lagi indah inilah yang ingin kami ungkapkan dalam solusi no.31 ini. Yakni hati yang tenang, lapang dan tentram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Pencipta-Nya tatkala berdepan dengan ujian dunia.Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan kita untuk mendapatkannya.
ya,[color=olive] semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.
Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah! Alhamdullilah.[/color]

www.telagabiru.net.my
_________________
Smile
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Komuniti PPKP Forum Index -> Tazkirah & Artikel Islam All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




2850234