Komuniti PPKP Forum Index Komuniti PPKP
Komuniti Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 

puisi untuk ppkp malaysia

 
       Komuniti PPKP Forum Index -> Bakat PPKP
Author Message
saleeza



Tue Feb 12, 2008 12:00 pm   puisi untuk ppkp malaysia  



Terbukanya sebuah jendela,
Terhampar sebuah panorama hidup...
Dihiasi aneka permata indah...
Mekar,, halusi.. seni...
Diiring oleh gemersik suara rindu
Hingga minda mula terapung dan akhirnya terlena
Untuk seketika

Bermulanya satu adegan...
Bumi Tuhan digali kini...
Mencari secebis khazanah dingin,,, jernih..
Kali terbentuk
Hingga hari ini....
Ia menjadi khazanah termahal di dunia
Buat manusia di muka bumi

Walaupun adanya lautan sebagai teman
Walaupun adanya kederasan sebagai hadiah alam
Namun kini, ia masih bernyawa

Jernihnya tetap diuji
Warnanya tetap diperhati
Anasir yang mengganggu ditapisi
Agar manusia hidup berseri

Teratak comel tumbuh
Menyimpan segala sisa rapuh
Agar alam bisa bernafas dan bernyawa

Amanah makin diberi...untuk itu dihadiahkan
Sekeping kad untuk dikenali..
Sebatang pena dan sebuah buku
Adalah senjata utama
Agar bisa melaksana aturan ciptaan manusia
Namun,,,,Adakalanya gerhana di wajah
Ego manusia menjadi punca

Madah tersusun berisi azimat
Laungan hikmat berkumandang setiap saat
Namun adakalanya menjadi debat
Agar hidup sihat sepanjang hayat

Debu-debu bahaya kian menderu
Kesihatan manusia mula terganggu
Dek organisma halusi
Bertempiaran di serata lokasi
Mencari punca penawar derita
Agar manusia bisa senyum semula


Wabak menghentam!!!
Hinggakan adakalanya jiwa terbungkam....
Siang dan malam
Bara tak pernah padam
Paduan keringat antara kita
Menangkis serangan hitam....

Mata terus memerhati
Mencari kesilapan yang mungkin terjadi
Walaupun sesuap nasi
Walaupun seteguk air
Yang pastinya
Tidak mustahil merampas dairi kehidupan
Untuk sihat sepanjang hayat

Aduhai warga kita...
Sebenarnya kita adalah..
MUTIARA HATI
Agama, bangsa dan negara
Kepada manusia sejagat
Untuk sihat sepanjang hayat!!!!!



(ditujukan puisi ini untuk semua ppkp di seluruh Malaysia)
 
 
       Komuniti PPKP Forum Index -> Bakat PPKP
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©