Komuniti PPKP Forum Index Komuniti PPKP
Komuniti Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 

TAHAP KEBERSIHAN DI MALAYSIA

 
       Komuniti PPKP Forum Index -> Undian
Author Message
Shah



Tue Oct 17, 2006 4:44 am   TAHAP KEBERSIHAN DI MALAYSIA  

Berilah rating anda secara umum mengikut julat. Beri sedikit ulasan anda.
 
primero.ozero



Tue Oct 17, 2006 9:01 pm    

klu kat kat penang lah.. saya rasa disebabkan kepadatan penduduk dan taraf ekonomi yang jadi puncanya.. seperti kata MOH saya, tahap jurang kemiskinan di penang terlalu tinggi.. camnapun, tak semua tempat di penang kotor, cuma di beberapa kawasan yang terlalu padat dan sesak. anda semua masih selamat dan mampu berseronok lagi di penang. hehehe..
 
Shah



Thu Oct 19, 2006 2:33 am    

PERHATIAN:

Soalan telah diubah suai sedikit...terima kasih primero kerana berikan saya idea tersirat.
 
joewar



Fri Oct 20, 2006 4:39 am    

kat Taiping ni yang pada zahirnya nampak bersih dan cantik.. tapi sape yang tinggal sini dia tau la..sbb tikus kat sini lebih besar dari kucing..jadi,anda boleh buat kesimpulan sendiri kan.. :?: :?:
 
pmneus



Mon Oct 23, 2006 9:11 am    

Secara keseluruhan keadaaan kebersihan bandar di Kelantan hanya setakat memuaskan. Ini disebabkan sikap masyarakat setempat yang agak kurang cakna/prihatin dengan kebersihan persekitaran. Cuma sikap masyarakat kelantan boleh diubah tetapi perlu masa untuk mengubahnya. Bagi kita penguatkuasa perlulah bersabar dan banyakkan kempen untuk tujuan KAP (Knowledge, Atitude & Practice) dari semasa ke semasa. Mungkin menjelang 2020,sekiranya masyarakat tidak mudah lupa.... perubahan yang sepatutnya akan dapat dilihat.
 
budaknakal



Mon Oct 23, 2006 12:46 pm    

pada zahirnya bandaraya JB ni dalam keadaan kurang memuaskan..sampah bersepah-sepah tapi dalam keadaan terkawal (sebab budak-budak Majlis dan Southern waste dah clearkan). bagaimanapun, masih kecewa dengan sikap kebanyakkan manusia ni sebab mereka masih terlekat dengan sindrom NIMBY. kadang-kadang ako pun bersikap demikian contohnya buang sampul gula bersepah walaupun dustbin ada kat sebelah. sikap masyarakat malaysia kita yang membuatkan negara ni kotor....

tak susah sebenarnya jaga kebersihan cuma dah tabiat kemalasan tu diasuh sejak kecil samada secara terus atau tak tak lansung. sebagai contoh, kalau nak merokok (tak galak ok) sediakan astray, kalau kat luar biasanya disediakan tempat pembuangan abu rokok kan. puntungnya pun masuk ditempat yang disediakan (bukan dalam tong sampah, nanti terbakar la pulak).

lagi satu driver atau pengguna jalan raya yang sesuka hati membuang keluar apa saja kat atas jalan raya dengan alasan nanti mereka(pekerja yang sapu sampah tu) takde kerja... andaikan anda baru je buat siasatan kes, pastu balik office. datang plak notify yang baru...mungkin anda akan merungut kenapa tak beritahu awal-awal supaya senang manage masa dan apa saja. tapi kalau SN atau Dr tu cakap "ala..nanti ko takde kerja pulak kalau bagi tahu awal-awal..."mendidih tak rasa hati. moralnya jangan hanya buat sesuatu tu hanya kerana ianya mendatang keuntungan singkat kepada kita, fikirkan keuntungan berpanjangan yang juga akan dinikmati oleh kita juga..

oleh sebab tu, ako seru korang (PPKP) jadi perintis kepada amalan menjaga kebersihan bersama ni....
 
aiman
Guest


Fri Oct 27, 2006 7:08 pm    

memang tak boleh nafi...kerja2 cleaning patut dibuat oleh cleaner. But tidakkah manusia tak terfikir (bagi yg kurang akal dan selalu buat alasan) bahawa kerja2 membuang sampah adalah tgjwb kita.

Manusia ni dah era globalisasi, makin hari manusia makin maju, sepatutnya minda manusia dah tahap Kelas Pertama. Tapi bila tgk manusia yg ada disekeliling kita ni..macam2la ragam kalau bab2 kebersihan ni.
 
budaknakal
Guest


Sat Oct 28, 2006 8:15 am    

yup...
cuba kita lihat diri kita sendiri. biasanya di kawasan yang kita familiar terutamanya dalam Malaysia ni kita akan rasa nak buang sesuka hati je sampah dari sebesar puntung rokok sampai ke kecil robok kat rumah tu (err..robok mean almari). tapi cuba tengok pulak diri kita bila ke tempat unfamiliar contohnya kat Singapore, jangan haraplah nak tengok perangai orang Malaysia yang pengotor tu. semuanya berubah jadi paling sebaik insan kamil di dunia ni (kadang-kadang termasuk diri ako ni) hatta nak buang air ludah pun pikir berpuluh-puluh kali.

hmmm...kat IKU berapa ramai pulak yang kurang siviknya ludah dari tingkat 3 ke bawah tu...

amacam....jom berubah...
8) 8) 8)
 
Shah
Guest


Mon Oct 30, 2006 12:52 am    

Rakan-rakan dah beri ulasan dan komen tapi belum ada yang buat undian.

Jomlah undi...atau ada cadangan tentang julat markah yang patut diletak?
 
 
       Komuniti PPKP Forum Index -> Undian
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©