 |
Komuniti PPKP Komuniti Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
|
|
| Author |
Message |
blackmouse
|
| Sat Aug 26, 2006 9:31 pm Keperluan Umum Pensijilan HALAL |
|
|
Sumber: http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=114&parent_id=91
KEPERLUAN UMUM BAGI PENSIJILAN HALAL
- Setiap pengeluar produk/ premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
- Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
- Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam segala aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur ini.
- Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendali dan memastikan pematuhan prosedur pensijilan halal;
- Disyaratkan mempunyai minima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan.
- Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak.
- Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratkan kesihatan.
- Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja.
- Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).
- Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices) seperti berikut:
# semua pekerja perlu mendapat suntikan tertentu di mana-mana pusat kesihatan yang diakui oleh kerajaan sebelum dan selepas diambil bekerja;
# semua pekerja hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik, terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran;
# pekerja yang kurang sihat atau mengalami kecederaan atau luka terbuka yang boleh menjejaskan kualiti sesuatu keluaran
tidak dibenarkan bekerja sehingga pulih;
- Sentuhan secara terus di antara tangan pekerja dengan bahan mentah dan keluaran separuh siap hendaklah dihindarkan;
- Merokok, makan, minum atau menyimpan makanan, minuman, rokok, ubat dan lain-lain hendaklah dilakukan di kawasan yang dikhaskan dan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran atau mana-mana tempat yang boleh menjejaskan kualiti keluaran;
- Semua orang yang hendak masuk ke dalam kawasan pengeluaran mestilah memakai pakaian khas untuk kilang atau pakaian sopan dan bersih (jika tidak ada pakaian khas) mengikut prosedur penjagaan kesihatan dan kebersihan diri termasuk pekerja tetap, pekerja sementara, kakitangan pengurusan, pelawat dan lain-lain;
- Pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang sesuai, penutup kepala dan mulut, sarung tangan dan kasut yang sesuai;
- Pekerja hendaklah sentiasa membasuh tangan secara sempurna dengan bahan pencuci yang bersesuaian;
# sebelum memulakan aktiviti pengendalian makanan;
# selepas menggunakan tandas;
# selepas mengendali bahan mentah atau bahan yang tercemar dan sebagainya.
- Pekerja tidak dibenarkan memakai apa-apa barang kemas atau barang perhiasan, jam dan sebagainya di kawasan pemerosesan makanan yang mungkin menyebabkan pencemaran (contamination) dalam proses pengendalian makanan tersebut;
- Pekerja hendaklah sentiasa bertugas dan berfungsi di tempat yang diarahkan seperti “check point” kualiti halal dan pembelian bahan mentah yang halal;
-Pekerja hendaklah komited dan bertanggungjawab dengan polisi halal yang ditetapkan.
- Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.
Maklumat penuh: http://www.halaljakim.gov.my/ |
|
|
|
Shah
|
| Sun Aug 27, 2006 12:28 am |
|
|
Info yang baik dan padat. Secara kebetulan baru-baru ini isu halal dibincang dalam TV1. Nampaknya Jabatan Agama bergantung penuh kepada personel kesihatan awam (Jabatan Kesihatan) dari segi aspek sanitasi dan higenik.
Memandangkan, wujud HACCP dalam pengawasan kualiti mutu makanan yang diamalakan di seluruh dunia, maka saya berpendapat adalah elok jika aspek halal ini dimasukkan sebagai satu elemen HACCP mengikut Piawaian Malaysia (Malaysian Standard - MS).
Apa komen rakan-rakan, atau mungkin perkara ini sudah diambil kira?
Terima kasih |
|
|
|
| |
|